(Sinopsis) KL Gangster 2 merupakan filem arahan pengarah Syamsul Yusof yang akan (release) menemui penonton di pawagam tidak lama lagi.Dalam pada itu Syamsul Yusof bercadang untuk menukar judul filem ini, KL Gangster 2: Prekuel kepada KL Gangster 2: The Beginning
Ini kerana mahu mengelakkan kekeliruan di kalangan penonton yang kurang memahami maksud istilah ‘prekuel’ yang digunakan dalam filem tersebut
Sebaliknya, ia memaparkan bahagian pengenalan kepada KL Gangster (2011)
Di fahamkan,filem ini menelan kos penerbitan sebanyak RM3.3 juta ini.Turut dibintangi oleh pelakon utama antaranya Aaron Aziz, Rosyam Nor, Adi Putra, Zizan Razak dan Syamsul sendiri
Sinopsis KL Gangster 2
KL
Gangster 2 mengisahkan tentang bagaimana 2 orang adik-beradik iaitu
Malek (Aaron Aziz) dan Jai(Adi Putra) secara tidak langsung terjebak
dalam dunia gangster setelah kematian ayah mereka 10 tahun lalu
Semenjak
kematian ayah mereka, kehidupan mereka sekeluarga dalam serba kesusahan
di samping ibu (Ku Faridah) mereka sering ketakutan gara-gara ugutan
dari kumpulan gangster yang menagih hutang ayah mereka
Disebabkan
kesempitan wang dan keperitan hidup maka Jai menjadi semakin liar
hingga sanggup melakukan apa saja demi wang bagi mengubah nasib hidupnya
dan mendapat tentangan hebat dari keluarganya
Malek
semakin buntu memikirkan masalah yang dihadapi dan ditambah pula dengan
laporan dari doktor yang mengesahkan ibunya mengidap penyakit barah.
Lagi memilukan apabila adik beliau, Shera telah diperkosa
Segala tindak tanduk Tailong tidak disenangi oleh gangster-gangster lain namun terpaksa akur dengan kekuatan Tailong
Pada masa yang sama, King (Riduan Hashim) dan Shark (Syamsul Yusof) merancang untuk memperkukuhkan kedudukan bagi menjatuhkanTailong dan meminta pertolongan dari rakan baiknya iaitu Malek dengan menawarkan ganjaran yang besar
Malek menerima tawaran tersebut bagi menampung kos ibunya dan membayar hutang ayahnya. Namun kegiatannya tidak disenangi oleh ibunya dan mereka telah dihalau dari rumah
King menjadi lebih berkuasa atas bantuan Malek dan kehadirannya membuatkan Tailong berasa tergugat
Beliau merancang untuk menghapuskan King dan Malek. Terjadi pertempuran hebat antara 2 kumpulan gangster terbesar di KL apabila Tailong menyerang King dan Malek
Mereka hampir tumpas ditangan Tailong namun terselamat apabila polis tiba dan berjaya melepaskan diri
Pada masa yang sama, Malek ternampak “tattoo” yang sama di badan Tailong dan pembunuh ayahnya. Bermulanya konflik dan dendam antara Malek dan Tailong
Berjayakah Malek membalas dendam terhadap Tailong untuk ayahnya?Berjayakah King dan Shark mendominasi seluruh kawasan di KL?Apakah kesudahan nasib Malek, Jai dan Ibunya?
No comments:
Post a Comment
Please leave your comment..